Mampus DAP : Najib pelawa PAS masuk BN
KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa Pas untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
"Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Bernama

Nik Aziz seharusnya menerima pelawaan Najib untuk bersatu. Sampai bila PAS nak menghalalkan segala perbuatan mungkar pemimpin-pemimpan PKR dan DAP. Bersatu lah demi perjuangan Islam yang sebenar. Jangan dikorbankan masa depan anak cucu kita demi perjuangan yang belum tentu menjamin kesejahteraan umat Islam dan Melayu. Karpal Singh dah lama terang-terangan menentang Islam, Anwar Ibrahim dah semua mengetahui segala perbuatan nya. Tiada jaminan negara ini akan ditadbir oleh seorang Islam sekiranya perubahan kerajaan terjadi. Adakah suara PAS akan didengar khususnya oleh DAP. Pemerintahan pakatan rakyat di Selangor jelas menjelaskan segalanya. Suara PAS langsung tidak didengar di dalam isu rampasan arak oleh MBSA.
Melayu itu PAS
Islam itu UMNO
PM itu Islam dan Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment